Dalam ilmu
fizik,
hukum keabadian tenaga mengatakan bahawa jumlah tenaga dalam suatu sistem tertutup adalah malar sepanjang masa dan oleh itu, diabadikan.
[1] Oleh itu, tenaga tidak dapat diciptakan mahupun dimusnahkan, tetapi hanya boleh ditukar bentuk dari suatu bentuk ke bentuk yang lain. Hukum ini dikatakan dalam
hukum pertama termodinamik yang biasanya dirujuk dengan formula:
[2]Dalam formula tersebut, Δ U {\displaystyle \Delta U} , perubahan tenaga dalam dalam sistem tertutup adalah sama dengan Q {\displaystyle Q} , jumlah haba yang disalurkan ke dalam sistem ditolak dengan W {\displaystyle W} , jumlah kerja yang dilaksanakan sistem terhadap persekitaran.Contoh yang boleh dikemukakan ialah pertukaran tenaga kimia ke tenaga kinetik apabila sebatang
dinamit diletupkan. Sekiranya kesemua tenaga yang dilepaskan semasa letupan dikira, iaitu
tenaga kinetik dan
keupayaan serpihan serta
tenaga haba dan bunyi letupan, jumlah yang akan diperoleh adalah sama dengan tenaga kimia yang digunakan dalam pembakaran dinamit.Salah satu kesan hukum keabadian tenaga ialah kewujudan mesin gerakan sentiasa adalah mustahil untuk dicipta, memandangkan tiada sistem yang boleh memberi jumlah tenaga yang tidak terbatas tanpa bekalan tenaga luar.
[3]